Singapura (Temasek) sehingga kurun ke 15M (Sebelum kemunculan Melaka) dan dokumentasi proses Dakwah terawal

 

Singapura sehingga kurun ke 15 M.

Singapura adalah sebahagian dari dunia melayu dan pusat perkembangan Islam yang penting dalam konteks Nusantara. Hakikat ini mungkin tenggelam disebabkan oleh perkembangan yang berlaku semenjak 200 tahun yang lalu iaitu pada permulaan kurun ke 19M apabila Singapura menjadi pengkalan British di bawah Stanford Raffles pada tahun 1819. Naratif sejarah Singpura hanya memberikan tumpuan kepada perkembangan yang berlaku bermula sebagai sebuah koloni British sehinggalah ia menjadi pelabuhan utama dunia dan sebuah bandaraya kosmopolitan. Namun ketika Singapura mula bangkit sebagai pelabuhan penting yang menggantikan Melaka, sumbangan dan peranan umat Islam juga amat penting dan perlu didokumenkan sebagai satu faktor utama yang tidak boleh dipandang sepi.

Naratif ini diperakui oleh buku yang berjudul Seven Hundred Years: A history of Singapore dengan tegasnya menyanggah bahawa sejarah Singapura tidak bermula 200 tahun yang lalu dan menolak naratif yang terpakai selama ini bahawa sebelum kedatangan British Singapura tidak punya apa-apa sejarah yang bermakna.[1]

Untuk menggambarkan keadaan ini pada perenggan pertama di bahagian Pengenalan beliau kutip kata-kata K.G.Tregonning, Professor Sejarah (bergelar

“Modern Singapore began in 1819. Nothing that occurred on the island prior to this has particular relevance to an understanding of the contemporary scene; it is of antiquarian interest only”[2]

(Singapura moden bermula pada tahun 1819. Tidak ada yang berlaku di pulau tersebut sebelum ini mempunyai apa-apa yang relevan kepada pemahaman perkembangan semasa, ia hanyalah minat kepada yang bersifat antik/lama).  

Menurut panel penulis lagi, pandangan ini terus kekal di dalam memahami asas sejarah Singapura apabila ia diucapkan oleh S. Rajaratnam, antara anggota pengasas parti People’s Action Party (PAP) pada tahun 1987, lebih 20 tahun Singapura berpisah dari Malaysia dan menjadi sebuah negara yang berdiri sendiri.

“Nothing very much appears to have happened in Singapore… before Raffles landed on this unpromising island” [3]

(tidak banyak yang telah berlaku di Singapura… sebelum Raffles mendarat di pulau yang tidak menjanjikan apa-apa).

Mereka mengemukakan bahawa Sir Richard Windstedt telah menerbitkan pada tahun 1928, penemuan perhiasan emas dari kurun ke 14 yang ditemui di Fort Canning menunjukkan Singapura mempunyai masa lalu jauh sebelum kemunculan Raffles. Pada tahun 1932 beliau mengakui Singapura adalah sebahagian dari Johor dan pada tahun 1938 menjelaskan melalui Sejarah Melayu, Singapura adalah sebahagian dari empayar Melaka pada kurun ke 15M. Penal penulis buku Seven Hundred Years: A History of Singapore merumuskan kegagalan Windstedt dan penjawat awam British yang mentadbir Tanah Melayu pada ketika itu di dalam mencari titik pertemuan di antara Tanah Melayu dan Singapura seperti yang termaktub dalam Sejarah Melayu adalah kerana naratif yang dibina oleh Raffles pada kurun ke 19M.

Amati apa yang diungkapkan oleh John Crawford di dalam Descriptive Dictionery of the Indian Islands & Adjacent Countries.

“Singapore is the name of an island, which with the exception of a single village of poor and predatory Malay fishermen, and that only formed in 1811, was covered with a primeal forest down to the 6th day of February 1819… (F)or a period of about five centuries and a half, there is no record of Singapore having been occupied, and it was only the occasional resort of pirates” [4]

 

(Singapura adalah nama sebuah pulau, dengan pengecualian sebuah kampung yang miskin dan nelayan-nelayan melayu yang ‘predatory’ (biadap/tidak bertamaddun), dan hanya terbentuk pada tahun 1811, diliputi oleh hutan tebal sehingga pada hari ke enam bulan Februari 1819 (Tarikh British mendarat di Singapura)… untuk tempoh selama lima kurun setengah, tidak ada rekod Singapura di huni, dan hanya menjadi tempat persinggahan para lanun).

 

Gambaran yang diberikan oleh John Crawford ini tidak jauh bezanya dengan apa yang dicatat oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi di dalam Hikayat Abdullah yang membuat catatan sebagai saksi mata ketika menjejakkan kaki ke Singapura.

 

“Syahadan, Adapun pada masa itu, jangankan manusia hendak lalu-lalang di laut Singapura itu, jin syaitah pun takut, sebab disitulah bilik tempat perompak tidur, atau barang di mana pun ia merompak kapal atau keci atau perahu, dibawanyalah ke Singapura. Di situlah tempat ia membahagi harta dan membunuh orangnya atau berbunuh-bunuhan sama sendirinya, sebab merebut harta itu, adanya. Adapun darihal orang-orang laut yang dalam perahu-perahu itu, lakunya seperti binatang yang buas. Apabila ia melihat orang-orang ramai berjalan itu, maka jikalau sempat, ia berlari dengan perahunya. Maka jikalau tiada sempat, ia terjun ke laut lalu menyelam seperti ikan, kira-kira setengah jam hilang, tiada kelihatan, kemudian baru ia timbul, serratus dua ratus depa jauhnya dari tempat ia terjun itu. Demikianlah halnya, baik laki-lakinya, | baik perempuannya, istimewa kanak-kanaknya, jangan dikatakan lagi: serta melihat orang terjerit-jerit, seperti hendak mati rupanya, bagai melihat harimau, adanya.”[5]

 

Begitulah gambaran orang-orang laut/pribumi yang menghuni Singapura ketika itu, sejak berakhirnya kerajaan beraja 400 tahun sebelumnya.

Singapura telah menjadi sarang dan syurga perompak dan lanun seperti gambaran berikut.

“Syahadan, maka adalah pada segenap tepi pantai itu, ada bergulingan berates-ratus tengkorak manusia di pasir; ada yang lama, ada yang baharu; ada yang ada lagi rambutnya melekat, ada yang berasah giginya; ada yang tidak, berjenis-jenis. Maka diberitau orang kepadaTuan Farquhar. Maka apabila dilihatnya, disuruhnya pungut, dibuangkan ke laut. Maka oleh mereka itu diisikan dalam guni lalu dibuangkannya ke laut. Maka pada waktu itu ditanyakanlah kepada orang kepada orang-orang laut itu, tengkorak siapakah sebanyak itu. Maka kata mereka itu, “itulah kepala-kepala orang yang kena rompak; disinilah dibunuhnya, maka banyak. Barang di mana dirompak perahu-perahu itu atau kapal datanglah ke mari membahagi hart aitu, dan yang ada kawannya juga berbunuh-bunuhan sebab merebutkan hart aitu. Dan yang ada orang yang diikatnya itu ditepi pantai inilah masing-masing mencubakan senjatanya. Dan lagi, di sinilah tempat mereka itu menyabung dan berjudi, adanya.” [6]

 

Lokasi Singapura mungkin pertama kali dirujuk oleh Claudius Ptolemy (menulis Hyphegesis Geographike (“Panduan Geografi”) sekitar tahun 450 M) sebagai Sabana atau Sabara di penghujung Semenanjuang Emas (Golden Khersonese).[7] Para penulis sejarah awal tidak ada kesepakatan di manakah sebenarnya kedudukan Sabana, adakah ia berada di Singapura sekarang atau di Kelang, di selatan Melaka atau selatan Johor. Ia berperanan sejak zaman Greek kuno sebagai pusat pengumpulan barang dagangan atau Gudang yang terletak di dalam rangkaian perdagangan yang menghubungkan India, Asia Tenggara dan Mediterranean.[8] Catatan dari China pada kurun ke 3 M merujuk ia sebagai Pu Luo Chong (Pulau Ujong – di selatan Semenanjung Tanah Melayu).[9]

Berdasarkan kepada penemuan arkeologi, sejarah Singapura boleh dikesan seawal akhir kurun ke 13.  Ini tidak bermakna Singapura tidak pernah dikunjungi oleh manusia sebelum itu. Sebagaimana pusat penempatan Asia Tenggara (samada daratan atau kepulauan) bermula pada milenia yang pertama (kurun pertama ) atau lebih awal (sebagai contoh; Funan, Langkasuka, Kedah dan Champa) gugusan kepulauan yang berada di selatan Semenanjung Tanah Melayu sudah menjadi tumpuan orang-orang laut sejak sekian lama[10]. Orang-orang laut yang menyusuri perairan Singapura dan Selat Tebrau di selatan Johor/Semenanjung dikenali juga sebagai orang Selat/Seletar[11].  Komuniti littoral (kepulauan) ini berkembang dan membina kediaman di pesisir pantai, namun tidak banyak meninggalkan jejak kehadiran yang bersifat organik di daratan [12]. Penempatan yang bersifat riparian inilah yang disebut sebagai perkampungan nelayan miskin oleh John Crawford yang sudah wujud sejak kurun-kurun awal[13].

Apabila wujudnya penempatan kekal di daratan dengan olahan pada lanskap (earthworks), bekas tapak binaan, peralatan pelbagai industri dan artifak dari aktiviti perniagaan antarabangsa sekitar akhir kurun ke 13, maka itulah titik permulaan sejarah Singapura dengan konstruk yang lebih lengkap dapat dikesan [14]. Sejarah Singapura tidak bermula dengan kunjungan Raffles pada awal kurun ke 19, tetapi 500 tahun lebih awal dengan kehadiran sebuah kerajaan yang diasaskan oleh Sri Tri Buana aka Sang Nila Utama.

Permulaan Singapura sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke 13 dan 14M berkait lansung dengan beberapa perubahan drastis yang berlaku di Selat Melaka. Palembang yang merupakan pusat pemerintahan dan Pelabuhan utama Sri Vijaya menjadi tumpuan dari kurun ke 7 sehingga awal kurun ke 12 M. Penguasaan Sri Vijaya ke atas Jambi, pulau Bangka dan Belitung, Lampung, Tarumanegara (Jawa barat) dan Kalinga (Jawa Timur), Tambralingga (Ligor) dan Langkasuka (termasuk Kedah) di Segenting Kra menjadikan Selat Melaka, Laut Jawa, Teluk Siam dan Laut (Cina) Selatan sebagai laluan perkapalan utama menguruskan perdagangan dengan India dan Tanah Besar Cina. Sistem mandala (mirip sistem otonomi) yang dibangunkan oleh kerajaan Sri Vijaya memperkasa rantau Asia Tenggara sebagai Pasaran penting untuk pelbagai produk berharga dari kawasan pendalaman seperti emas, timah, hasil-hasil hutan seperti rotan, kayu gaharu, kayu wangi, sarang burung, bahkan kapas dan sutera (industri tempatan yang dibawa masuk dari luar).

Tanah besar China pula mengalami beberapa perubahan dasar dalam persoalan perdagangan antarabangsa. Pada zaman dinasti Tang (618 – 907M) dan milenia pertama umumnya, perdagangan antarabangsa dimonopoli sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan persendirian[15]. Laluan perkapalan dari jalur tanah besar ke Nusantara masih dikuasai oleh kapal-kapal dagang khususnya dari timur tengah (Arab dan Parsi) yang sudah membina jalur perniagaan dari Jazeerah ke Tanah Besar melalui Nusantara sejak kurun ke 4 – 7M.[16] Dasar ini mula berubah pada zaman Dinasti Song di mana sekatan ke atas perdagangan persendirian diangkat; pada peringkat awal dengan mengizinkan kapal-kapal persendirian mendaftar di tiga Pelabuhan iaitu Guangzhou, Hangzhou dan Mingzhou (Ningbo pada hari ini) pada tahun 990M.[17] Pada tahun 1090 kawalan perdagangan antarabangsa ini diangkat sepenuhnya dan perdagangan ke luar China dikuasai sepenuhnya oleh pedagang persendirian. Ini meluaskan pasaran kepada pelbagai barangan pengguna pada harga yang lebih rendah.[18] Kapal-kapal China menguasai jalan laut ke Nusantara bahkan melimpah sehingga ke Teluk Benggala. Kebanjiran kapal-kapal dagang dari China ini mula menjejaskan persaingan dan peranan pedagang tempatan dalam menentukan harga dan mengawal permintaan antarabangsa. Dari sebelah barat pula pedagang-pedagang dari Selatan India sudah lama berdagang di sekitar pantai Selat Melaka seperti Kedah, Sumatera Utara dan Palembang sejak milenia pertama S.M[19]. Serangan Raja Rajendra Chola 1 pada tahun 1125 ke atas pelabuhan-pelabuhan tersebut seperti Kedah, Lambri dan Palembang sendiri telah melemahkan kekuatan politik dan ekonomi Sri Vijaya yang membawa kepada berakhirnya hegemoni Sri Vijaya pada tahun 1275.

Perubahan yang berlaku di peringkat serantau ini telah mengubah rangkaian perdagangan antarabangsa yang melibatkan Jazerah Arab, benua kecil India dan Tanah Besar China di Nusantara. Peningkatan jumlah perdagangan lansung dari China dan India telah melahirkan pusat-pusat pengumpulan produk kawasan pendalaman di kawasan pesisir yang sebelumnya membentuk jaringan kepada pusat perdagangan utama yang berperanan sebagai Pelabuhan entrepot.

Lingkungan daerah Sumatera Timur, Kepulauan Riau-Lingga dan kepulauan Natuna-Anambas di mana artifek tembikan cina dan manik kaca yang serupa ditemui di Singapura, membayangkan lingkungan daerah ini termasuk dalam ruang lingkup zon ekonomi yang berpusat di Singapura. Sumber Kwa Chong Guan et. al., 2019.


 

Pelabuhan-pelabuhan pesisir Sumatera Utara yang muncul sebagai hab perdagangan bagi kawasan pendalaman pasca kejatuhan Sri Vijaya (kurun ke 13 – 14.; antaranya Tamiang, Pulau Kompei dan Kota Cina, Aru. Sumber McKinnon et. al., 1981.

Pelabuhan- pelabuhan feeder (pembekal) di pesisir pantai Semenanjung Tanah Melayu,Sumatera dan Borneo yang sedia wujud muncul sebagai hab perdagangan  seperti Kuala Berang, (Kuala) Terengganu, Langkasuka/Patani, Ligor, Tambralinga, Tanah Merah (Kelantan), pulau Tioman, Aru, Tamiang, Pulau Kompei, Kota Cina, Barus, Boni (Santubung) dan Temasik[20]. Pelabuhan pesisir yang mengambil alih peranan Sri Vijaya ini menjadi tempat pengumpulan hasil-hasil hutan yang tinggi nilainya seperti gading, kapur barus, gaharu, setanggi, kemenyan (wangian dari pohon styrax) kayu laka (bagi menghasilkan wangian), damar, rotan, bijih timah dan emas.

Temasek (Singapura) melonjak naik sebagai tempat pengumpulan produk-produk perdagangan serantau di selatan Selat Melaka dan gugusan pulau-pulau di Selatan Laut China Selatan seiring dengan merosotnya hegemoni Sri Vijaya pada kurun ke 13M. Ini disusuli dengan perubahan dasar perdagangan dari Dinasti Tang kepada Dinasti Song yang mempunyai sikap yang lebih terbuka dan membenarkan perdagangan persendirian (private enterprise) bermula kurun ke 11. Perubahan cuaca yang meningkatkan suhu di Asia Tenggara juga meningkatkan aktiviti pertanian dan pemasaran barang-barang mentah. Walaubagaimanapun ancaman dari Sukothai dan kemudian Majapahit disususli pula dengan kejatuhan suhu di utara menyebabkan kelembapan perdagangan Tanah besar China. Kejadian wabak di Tanah besar China pada pertengahan kurun ke 14 juga memberi kesan yang besar. Akhirnya pergolakan politik yang mengundang serangan Majapahit dan perpindahan kerajaan ke Melaka pada akhir kurun ke 14 menjadikan Singapura terus malap sehinggalah permulaan kurun ke 19 dengan kedatangan British.

 

Tiga produk utama yang diperolehi dari Temasek (Singapura) ialah paruh burung enggang, kayu laka dan kapas; yang membezakan ia dengan Pelabuhan-pelabuhan serantau yang lain. Ini dilaporkan oleh Wang Dayuan dalam catatannya Daoyi Zhilue pada tahun 1349.[21]

The place produces top quality hornbill casques, middle quality laka-wood and cotton. Goods used for trade include silk cloth, iron bars, local printed cloth, chi jin [lit., “red gold”], porcelain wares, iron cauldrons and the like.[22]

 

Paruh burung Enggang dari species Helmeted Hornbill (Rhinoplax vigil) bernilai tinggi menyamai gading gajah. Ia merupakan produk berkualiti tinggi yang boleh diperolehi dari Temasek/Singapura. Taburan spesies ini meliputi Asia Tenggara dari Tenasserim (Myanmar) sehingga kepulauan Riau, Borneo dan Sumatera (kini sudah pupus di Singapura). Suku kaum Kenyah dan Kelabit di Borneo sudah lama mengukir paruh burung enggang. Ia mendapat permintaan yang tinggi dari China pada kurun ke 14 yang mengimpot produk asal dan mempelajari dari suku kaum Dayak bagaimana mengawit dan menimbulkan warna merah dan keemasan paruh tersebut [23].

Enggang Tebang Mertua Helmeted Hornbill. Dinamakan sedemikian kerana bunyinya seperti teriakan seorang yang menebang tiang rumah mertuanya dan kemudian ketawa bila rumah itu runtuh.[24] Berbanding burung enggang lain, paruh atau casque nya adalah padat dan mewakili 11% dari beratnya sekitar 3 kg dan digunakan untuk bertempur. Oleh kerana ia boleh diukir seperti gading, maka nilai pasarannya amat tinggi. Kini spesies ini dilindungi dan statusnya critically endangered I(sangat terancam) di bawah IUCN red list. [25]

(Lukisan oleh cucunda Umar Mukhtar Mohd Qayyim – 8 thn pada 20/4/2020)

 

Catatan Wang Dayuan yang paling penting ialah mengenai dua tempat iaitu Banzu (merujuk kepada Bukit Larangan/Fort Canning) dan Longyamen (merujuk kepada Keppel Strait), laluan masuk kepada satu penempatan di Bukit Larangan atau Bukit Canning.

“The location of the place: it is connected to Longyamen. The hill in the rear is like a coiled headdress, truncated, rising to a concave and plateaued peak. Hence, the people live around it. The fields are poor, and the cereals are sparse. The weather is not consistent. In summer, due to a lot of rain, it is a little cold. The customs and nature: Their hair is short and worn down. Satin and brocade to wrap their heads, and red oil cloth to wrap their bodies. Sea water is boiled to produce salt. Rice is fermented to produce wine, which is called ‘mingjia’. There is a tribal chief. The place produces top quality hornbill casques, middle quality lakawood and cotton. Goods used for trade are silk cloth, iron bars, local printed cloth, chi jin, porcelain wares, iron cauldrons and the like”

Catatan ini menunjukkan wujudnya satu tamaddun dengan pusat pemerintahan, pusat perdagangan/pelabuhan dan aktiviti pertanian. Catatan John Crawford apabila sampai ke Singapura pada tahun 1819. Menyebut tentang kesan-kesan penempatan Bukit larangan dengan sistem pertahanan yang terdiri dari benteng (rampart), perparitan kering (moat) dan benteng tanah (earth embankment) di samping kekuatan pertahanan lautnya [26]. Kajian arkeologi mengesan tapak istana, tempat ibadah, taman dan tempat bersiram, dusun buah-buahan, pasar, pusat metallurgy (logam), pelbagai ketukangan (artisan) kediaman rakyat, pasar dan perkampungan nelayan. Di antara artifak yang ditemukan ialah rantai manik kaca, gelang dan subang emas, tembikar, pinggan mangkuk (Chinawares) dan matawang Cina. Menurut John Miksic, Singapura memainkan tiga peranan dari sekitar kurun ke 14 hingga 16 M iaitu; pengimpot barang-barang mentah dan menghasilkan produk akhir untuk menghubungkan pasaran di antara Lautan Hindi, Laut Cina Selatan dan Laut Jawa; berfungsi sebagai pelabuhan dan pusat perdagangan pesisir untuk Kerajaan Sri Vijaya atau lanjutannya; dan membayar ufti kepada Kerajaan Sukothai sebagai jajahan takluk.[27]

 


Peta Mao Kun (Dinasti Ming) dari Wubei Zhi berdasarkan peta bertarikh kurun ke 15 Masehi yang digunakan oleh Zheng He menunjukkan Temasek/Danmaxie (淡馬錫) di sebelah atas kiri dan  Long Ya Men (龍牙門) pada panel sebelah kanan. Tempat-tempat lain yang dikenalpasti oleh Wheatley ialah Pulau Brani (琵琶嶼), Blakang Mati (長腰嶼, Sentosa), Pedra Branca (白礁), Pulau Tinggi (將軍帽), Pualu Aur (東竹山 dan 西竹山), kuala Sungai Pahang (彭杭港), dan Pulau Tioman (苧麻山). Long Ya Men (龍牙門) menandakan laluan masuk ke Pelabuhan Keppel. Nota: sumber lain mungkin berbeza dari segi mengenal pasti pulau-pulau terutama pulau-pulau di Singapura. Contohnya J. V. G. Mills mengenal pasti 長腰嶼 sebagai Pulau Satumu dan 琵琶嶼 sebagai Pulau Sakijang Pelepah.[28]

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Singapore#/media/File:Mao_Kun_map_-_Singapore.png. Dilawati 14 Nov 2020

 

Pengaruh dan penguasaan Majapahit adalah jelas dari penemuan Batu Bersurat Singapura berbahasa Sanskrit dengan tulisan kawi kuno atau kawi Majapahit. Batu ini dikesan pada tahun 1819 tetapi dimusnahkan pada tahun 1843.[29] Sehingga kini ia tidak dapat dibaca kecuali beberapa perkataan.[30] Berpandukan kepada dasar imperialisme Majapahit pada zaman Patih Gajah Mada, batu bersurat ini mungkin bertarikh sekitar pertengehan kurun ke 14 M berdasarkan kepada tindakan Parameswara yang telah menimbulkan kemarahan kerana mencabar penguasa Majapahit di Palembang, dan melarikan diri ke Temasek.[31] Menurut Sejarah Melayu, Parameswara telah dikhianati oleh Bendaharinya Sang Rajuna Tapa yang telah membuka pintu kepada serangan Majapahit pada akhir kurun ke 14 atau awal kurun ke 15. Baginda kemudian melarikan diri ke Melaka. Sumber Portugis pula menyebut tentang serangan Majapahit yang berlaku lebih awal pada zaman pemerintahan Paduka Sri Pikrama Wira (1347 – 1362) dan Seri Ratna Wikerma (1362 – 1375).[32] Negarakertagama menyenaraikan Temasek sebagai jajahan takluk Majapahit pada tahun 1365. Sistem pertahanan Singapura di sekitar Bukit Larangan menunjukkan ia mungkin berjaya menggagalkan serangan Majapahit dan kuasa asing yang lain seperti Sukothai, namun akhirnya menjadi sebahagian dari wilayah yang dikuasai oleh Majapahit. Kematian Patih Gajah Mada pada tahun 1368 mungkin melonggarkan penguasaan Majapahit namun kesan dan pengaruh Majapahit adalah jelas dari artifak seperti perhiasan dan barang kemas yang dikesan di Bukit Larangan.

Serpihan Batu Bersurat Singapura. Sumber gambar dari The National Museum of Singapore (Hakcipta terpelihara). Pemuat naik asal ialah Jacklee di en.wikipedia. – Gambarajah 2 pada hal. 42 dari sumber Miksic, John N. (Norman) (1985). Archaeological Research on the “Forbidden Hill” of Singapore: Excavations at Fort Canning, 1984. Singapore: National Museum. ISBN 9971917165 (pbk.). Transferred from en.wikipedia by Jacklee., CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=3447473

https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_Singapore#/media/File:SingaporeStone-bwphoto.jpg.

Dilawati 14 November 2020

Keramat Sultan Iskandar Syah

Keramat Sultan Iskandar Syah adalah dipercayai makam Sri Tribuana/Sang Nila Utama yang berasal dari Palembang. Ia bermula dengan lagenda di Bukit Siguntang, Palembang di mana munculnya tiga anak raja yang didakwa keturunan Iskandar Zulkarnain. Aspek metos dan anakronisme* ini telah dibahaskan dalam Jilid 1 di bawah sejarah permulaan dakwah Islam di Palembang, Sri Vijaya. Putera yang sulung dijemput menjadi raja di Minangkabau, yang kedua dirajakan di Tanjung Pura, Kalimantan dan yang bongsu, Nila Utama atau Sri TriBuana juga bergelar Sang Saperba dirajakan di Palembang. Sang Nila Utama berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun. Termetrilah satu perjanjian di antara Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama, di mana rakyat (keturunan Demang Lebar Daun) menuntut janji agar Sang Nila Utama (mewakili raja) tidak memalukan rakyatnya dan jika dibunuh hanya atas kesalahan syarak.  Sebagai imbalannya rakyat tidak akan menderhaka kepada raja walaupun dia zalim.

Sang Nila Utama kemudian berhijrah ke Bentan dan dilindungi oleh seorang raja perempuan, Wan Sri Benian. Pada satu waktu Sang Nila Utama berangkat dengan pengiringnya menyeberangi laut dan sampai ke Temasek.[33] Di Temasek baginda terlihat seekor haiwan yang hebat yang tidak pernah dilihat sebelumnya. Haiwan tersebut adalah singa menurut Demang Lebar Daun. Bagitulah latar belakang kepada nama Singapura.[34] Sang Nila Utama kemudian membina kerajaan di Singapura.

Rekod sejarah menunjukkan wujudnya hubungan antarabangsa pada zaman Sri Tribuana/Raja Iskandar Syah(1299 - 1347) memerintah Singapura. Yuanshi (Rekod rasmi Dinasti Yuan; circa 1320)  mencatat satu delegasi Monggol telah dikirim ke Longyamen (pintu masuk ke Pelabuhan Keppel hari ini) untuk mendapatkan gajah jinak.[35] Pada tahun 1330 satu delegasi dikirimkan ke Vietnam (Champa) dan disambut oleh seorang putera raja yang boleh berbahasa melayu.[36]

Anaknya Sri Pikrama Wira mengahwinkan anaknya dengan anak raja Kalinga. Raja Kalinga mencabar Sri Pikrama Wira dengan pertarungan di antara orang kuatnya dengan Badang perkasa. Badang memenangi pertarungan itu. Raja Pasai juga mencabar Sri Pikrama Wira dengan mengirim orang kuatnya melawan Badang dan tewas. Kedua peristiwa ini menunjukkan kehebatan Singapura di Nusantara di antara kerajaan-kerajaan pesaing di rantau Nusantara. Ini ditambah lagi dengan kemampuan menewaskan Majapahit Ketika cubaan untuk menakluk Singapura.[37]

Dalam menentukan salasilah raja-raja Singapura, berikut ialah turutan salasilah dan turutan pemerintah.[38]

Nama pemerintah

Tahun pemerintahan

Sri Tribuana/Sang Nila Utama[39]

~ 1299 – 1347

Paduka Sri Pikrama Wira[40]

    1347 – 1362

Raja Muda (Sri Ratna Wikerma[41]

     1362 – 1375

Dasia/Dam/Damar Raja (Paduka Sri Maharaja)[42]

     1375 – 1387/88

Iskandar Syah (Permaisura/Sri Parameswara)[43]

     1387 -   *

 

Singapura bakal menjadi kuasa maritime yang kuat sehingga keturunannya yang ke empat iaitu Iskandar Syah membunuh salah seorang perempuan istana kerana tuduhan palsu.[44] Adapun perempuan istana tersebut adalah anak kepada Sang Rajuna Tapa. Kerana marah Sang Rajuna Tapa mengundang tentera Majapahit untuk menyerang Singapura. Iskandar Syah melarikan diri ke Bertam dan kemudian ke Melaka.

Kesah yang direngkaskan ini menimbulkan tanda tanya. Jika Iskandar Syah meninggalkan Singapura dan berhijrah ke Melaka maka siapakah keramat Sultan Iskandar Syah yang dimakamkan di Bukit Larangan?

Ada banyak persoalan di sekitar watak yang bernama Parameswara. Beberapa sumber asing dan Sejarah Melayu menjadi rujukan tentang identiti Parameswara yang meninggalkan Palembang dan menuju Temasek. Parameswara berkahwin dengan anak raja Majapahit, Betara. Perkahwinan ini mendorong Parameswara untuk melepaskan diri dari Majapahit. Ini mengundang kemarahan Majapahit yang menghantar tentera ke pulau Bangka dan membunuh kesemua rakyat Bangka penyokong Parameswara yang melarikan diri ke Temasek.

Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, perbandingan telah dibuat di antara Sejarah Melayu dan beberapa catatan Portugis. Tiga sumber Portugis iaitu anak Afonso D Albuqueque, Jaoa de Barros dan Godinho d’ Eredia mengutip sumber-sumber lisan dari penduduk Melaka dan menyusun naratif bahawa Parameswara yang berasal dari Palembang, melarikan diri ke Singapura dan membunuh pemerintah atau wakil pemerintahnya. Natijahnya Parameswara bergelar Iskandar Syah diserang oleh Sukothai dan melarikan diri ke Melaka. Sementara itu seorang lagi penulis Portugis Diogo de Couto mencatat raja terakhir bagi Singapura ialah Raja Sabu bergelar Iskandar Syah. Raja Sabu telah membunuh anak perempuan Bendahari yang diserah sebagai perempuan istana. Sebagai tindakbalas Bendahari telah menjemput kerajaan Majapahit untuk menyerang Singapura. Raja Sabu kemudian melarikan diri dan membuka penempatan di Melaka.[45]

Naratif Diogo de Couta lebih serasi dengan Sejarah Melayu di mana Permaisura merupakan raja terakhir Singapura yang telah dikhianati oleh pegawainya Sang Rajunatapa. Kerana kecewa dengan Tindakan Permaisura (Iskandar Syah), Sang Rajuna Tapa telah menjemput Majapahit untuk menyerang Singapura. Iskandar Syah melarikan diri ke Melaka.[46] Namun Sejarah Melayu juga membawa naratif Permaisura adalah Sri Tribuana, yang jelas merupakan satu anakronisme (dua watak yang hidup pada zaman yang berbeza; Sri Tribuana adalah pemerintah Singapura yang pertama dan Parameswara/Iskandar Syah adalah pemerintah yang ke lima dan terakhir sebelum melarikan diri ke Melaka. Naratif Sejarah Melayu mungkin untuk mengangkat Kesultanan Melaka sebagai kesinambungan dari Sri Tribuana/Sang Nila Utama yang merupakan anak-anak ‘Iskandar Zulkarnain’ yang muncul di Bukit Siguntang, Palembang. Naratif sejarah yang lebih jitu ialah Parameswara adalah putera Palembang yang mengahwini puteri Majapahit (Sang Betara) yang cuba untuk mengambil alih kuasa lalu diusir oleh Majapahit dan melarikan diri ke Singapura. Di Singapura ada dua naratif, pertama Parameswara bergelar Iskandar Syah membunuh wakil pemerintah Sukothai di Singapura (Tamagi) dan mengambil alih sebelum diusir oleh Siam. Naratif kedua Parameswara yang merupakan pemerintah yang ke lima setelah membunuh Paduka Sri Maharaja dan kemudian melarikan diri ke Melaka apabila diserang Majapahit. Naratif ke tiga yang diangkat oleh Sejarah Melayu ialah Parameswara dan Sri Tribuana adalah watak yang sama, kemungkinan untuk memelihara kesinambungan di antara waris ‘Sri Iskandar’ dan Kesultanan Melaka. Sementara naratif yang diketengah oleh Hj Buyung Adil iaitu Permaisura (Sri Iskandar) adalah anak Paduka Sri Maharaja. Jika naratif ini yang diterima sukar untuk mencari kesinambungan kesah Parameswara yang diusir oleh Majapahit dari Palembang, sedangkan Sri Tribuana/Sang Nila Utama berhijrah dari Palembang ke Temasek melalui Bentan Ketika dibawah jagaan Permaisuri Bemian.

Identiti Parameswara yang mengasaskan kesultanan Melaka itu sendiri menimbulkan beberapa percanggahan pandangan. Prof Wang Gang Wu telah merumuskan tiga pemerintah Melaka yang pertama berdasarkan salasilah berikut:[47]

Parameswara (Iskandar Syah)

1390 – 1413

Megat Iskandar Syah

1414 – 1423/24

Seri Maharaja (Sultan Muhammad Syah)

1424 – 1424

 

Perbahasan tentang pengasas Kesultanan Melaka dan identiti Parameswara dan keturunannya telah dibentangkan dalam Fajar Islam di Nusantara jilid 1 di bawah tajuk mengenai Perkembangan Islam di Melaka.

Dakwah pertama di Singapura.

Bilakah dakwah Islam sampai ke Singapura. Kalau berdasarkan kepada dialog di antara Sang Saperba/Sri Tribuana/Sang Nila Utama dengan Demang Lebar Daun di Bukit Siguntang, Palembang sudah dibayangkan kedua-duanya sudah beragama Islam kerana termasuk dalam perjanjian tersebut kalimah hukum syarak.

Ini bererti kerajaan yang dibina di Singapura oleh Sri Tribuana bermula pada tahun 1299 adalah sebuah kerajaan Islam. Ini tidak bercanggah dengan beberapa fakta sejarah. Jika dirujuk perkembangan Islam di Palembang, raja Sri Vijaya yang pertama masuk Islam ialah Sri Indravarman pada tahun 717/718 M. Meskipun tiada rekod sejarah tentang kesinabungan pemerintahan setelah baginda terbunuh pada tahun 729M. Penghantaran beberapa duta muslim ke negara China di masa pemerintahannya menunjukkan pengaruh dan peranan penting yang dimainkan oleh umat Islam dalam kerajaan Sri Vijaya. Ar Rumhuzi pada kurun ke 10 juga menggambarkan tentang perkampungan-perkampunga Islam di bawah pemerintahan Kerajaan Sri Vijaya pada kurun ke 10 M.

Kedudukan Islam tidak disebut dalam kesinambungan Empayar Sri Vijaya di Jawa Tengah iaitu Dinasti Sailendra pada tahun 825 M dan Dharmasraya di Tambralingga (Ligor) pada tahun 775 M, namun tiada naratif sejarah yang mengaitkannya dengan kisah mistis kemunculan Sri Tribuana di Bukit Siguntang. Persoalan ini tidak mungkin dapat dipecahkan sehinggalah metos yang menyelubungi watak Sri Tribuana dan dua abangnya diketahui hakikat sejarahnya. Oleh itu setakat ini sebarang tafsiran tentang perkara ini hanyalah andaian dan spekulasi semata.

Kembali kepada keberadaan Sri Tribuana di Singapura yang dikaitkan dengan Keramat Iskandar Syah di Bukit Larangan (Fort Canning). Singapura dibangunkan Ketika kerajaan Samudera-Pasai berada di kemuncaknya. Pada tahun 1345, Pasai diperintah oleh Sultan al Malikul Zahir, cucu Sultan al Malikus Soleh (Pemerintahan 1267 - 1297 M). Ketika Ibnu Battutah singgah ke Pasai beliau dudud\k dalam majlis ilmu yang di kendalikan oleh Sultan al Malikul Zahir yang di apit oleh para Talibul ilm di kiri dan kanan baginda. Sultan sendiri memimpin pengajian di madrasah selepas solat Jumaat sehingga waktu Asar. Selepas solat Asar berjemaah baginda meninggalkan pakaian fuqaha dan mengenakan pakaian di Raja untuk Kembali ke Istana.[48]

Ibnu Batutta juga mencatat Sultan mempelawa beliau untuk duduk di sebelah kiri baginda dan bertanya khabar tentang Sultan Delhi. Ini menunjukkan bahawa Sultan al Malikul Zahir bukan sahaja seorang faqih dalam mazhab Shafii, fasih berbahasa Arab, menjalani kehidupan sederhana bahkan mempunyai hubungan dengan kerajaan-kerajaan Islam yang lain.[49]

Dari madrasah-madrasah inilah lahirnya para kadir yang bertebaran untuk menyampaikan dakwah Islam. Salah satu nama pendakwah dari Pasai yang terkenal ialah Tun Jana Khatib dan beliau telah berdakwah di Singapura.[50] Beliau berada di Singapura pada zaman pemerintahan Paduka Sri Maharaja yang memerintah dari tahun 1375 hingga 1389. Sewaktu berada di Singapura, berlaku satu peristiwa yang telah menyinggung Raja, di mana Tun Jana Khatib yang kurang senang dengan Permaisuri yang melihat beliau dari kamarnya, telah merenung sebatang pokok pinang sehingga terbelah dua.[51]

Singapura kini merupakan sebuah Bandar Pelabuhan antarabangsa yang pertama dari segi penarafan dunia. Kini merupakan Pelabuhan kedua selepas Shanghai (2015) dari segi berat muatan (tonnage) yang dikendalikan. Ia dihubungkan dengan 600 pelabuhan dari 123 negara. Kedudukan strategik Singapura dari segi kedudukan lokasi geografi muncul selepas kejatuhan SriVijaya (Palembang); sebagai pusat perdagangan serantau dari tahun 1300 sehingga 1370 an dan bangkit sebagai Pelabuhan terbesar dunia pada separuh kedua kurun ke 20

 

Raja yang murka dengan peristiwa ini telah memerintahkan supaya Tun Jana Khatib ditangkap dan dibunuh, mungkin kerana bimbang dengan pengaruh ulama tersebut ke atas orang ramai kerana kemampuan luar biasa yang ada padanya. Darahnya yang tumpah ditutup oleh anak muridnya sehingga menjadi batu. Adapun jasadnya dikatakan disembunyikan oleh Raja supaya tidak dikunjungi oleh khalayak atau dibawa lari oleh anak murudnya dan dikebumikan di Langkawi.

Al Marhum Buya HAMKA mengatakan Paduka Sri Maharaja beragama Buddha atau Hindu. Jika demikian maka moyangnya Sri Tribuana yang beragama Islam berdasarkan dialognya dengan Demang Lebar Daun boleh dipersoalkan.[52] Tetapi ada juga kemungkinan bahawa Paduka Sri Maharaja memang beragama Islam dan kehadiran Tun Jana Khatib ialah untuk berdakwah kepada penduduk Singapura dari kalangan orang tempatan, orang laut dan orang asing yang belum beragama Islam atau animis. Peranan Tun Jana Khatib bukan sahaja untuk mendakwahkan agama Islam tetapi juga mengukuhkan amalan dan penghayatan Islam.

Rombongan Edutrip Sejarah Nusantara: Singapura bergambar kenangan di hadapan Masjid Sultan yang bersejarah itu. Kedududukan Singapura sebagai sebuah kerajaan Islam yang awal perlu diberikan perhatian oleh pengkaji sejarah kerana Sultan Brunei yang pertama yang memerintah Brunei, Awang Alak Batatar masuk Islam pada tahun 1368 di tangan Sri Ratna Wikerma, Raja Kerajaan Singapura tua yang ke 3.

 

Ada satu lagi maklumat yang mengukuhkan status Paduka Seri Maharaja sebagai seorang Islam iaitu bapanya Sri Ratna Wikerma (1362 – 1375) mengislamkan Raja Brunei Awang Alak Batatar Ketika mengahwinkan dengan puteri Raja Johor (Singapura tua) pada tahun 1368.[53] Tahun tersebut adalah berbetulan dengan tahun kemangkatan Perdana Menteri Majapahit, Patih Gajah Mada dan sekaligus mengistiharkan kemerdekaan dari Majapahit.[54] Sultan memakai gelar Sultan Muhammad Shah dan adinda baginda Pateh Berbai bergelar Bendahara Sri Maharaja Permaisura.[55] Koroborasi maklumat ini ialah wakil Kerajaan Cina Chang Ching Tze yang singgah ke Puni (Brunei) pada tahun 1370 dan menemui Sultan Ma-Ha-Mo-Sa (Sultan Muhammad Shah) iaitu gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan Johor (Singapura tua) Sri Ratna Wikerma ke atas Awang Alak Batatar (Sultan Brunei yang pertama yang memerintah dari tahun 1362 – 1402.[56]

Fakta sejarah ini menunjukkan Kerajaan Singapura tua sejak dari pemerintahan Sri Tribuana (Sultan Iskandar Shah) adalah sebuah kerajaan Islam. Adapun status pengislaman Parameswara yang datang kemudian menggantikan Paduka Sri Maharaja sebagai Raja yang ke lima (1398/99 – 1413) telah dibahaskan di bawah bab Melaka dalam Fajar Islam di Nusantara (Jilid 1), apakah baginda sudah memeluk Islam di Palembang ataupun Ketika berada di Melaka pada usia yang sudah lanjut.

Singapura kini merupakan kotaraya hijau meskipun mencapai bandaraya bertaraf antarabangsa. Dari sebuah pusat perdagangan serantau yang bermula pada tahun 1299 dan di iktiraf sebagai bandar Pelabuhan nombor 1 dunia, namun aspek ekosistem lestari tidak pernah diabaikan. Beberapa kawasan green lung (pembangunan hijau) dibangunkan, antaranya Garden By the Bay iaitu tanam botanik seluas 101 hektar (250 ekar) yang akan menjayakan konsep City in a Garden (Kotaraya dalam Taman).  Ia adalah hasil dari visi Madam Cheong Koon Hean, wanita pertama yang mengetuai Agensi Pembangunan Bandar Singapura (Singapore’s urban development agency.)


 

Lakaran (tidak mengikut skala) menunjukkan kedudukan kompleks kerajaan Singapura tua di Bukit Larangan (Fort Canning) berdasarkan kepada tapak arkeologi dan artifak ditemukan. Terdapat makam Sultan Iskandar Syah (hubungan baginda dan Parameswara merupakan satu perbahasan). John Crawford dan Munsyi Abdullah pada tahun 1820 mendapati pokok buah-buahan seperti durian, duku, langsai, petai, jering, limau kabung dan limau Kasturi masih menghiasi taman/dusun di raja meskipun sudah merosot. Terdapat juga kesan kolam air tempat bersiram. Penemuan manik kaca, peralatan logam dan perhiasan emas, tembikar cina, bejana, peralatan masakan dan matawang logam membantu untuk memetakan tapak-tapak penempatan, aktiviti pertanian, undustri dan perdagangan.[57]



 

Bergambar ramai di Bukit Larangan/Fort Canning. Gambar makam (keramat) Sultan Iskandar Syah – ehsan Siti Ainiza Jamsari



[1] Kwa Chong Guan, Derek Heng, Peter Borshberg and Tan Tai Yong. 2019. Seven Hundred Years: A History of Singapore. National Library Board, Singapore, Victoria St. Singapore. 314 Pp.

[2] Tregonning, K.G. 1969. The Historical background. In Ooi Jin Bee, & Chiang Hai Ding (Eds.). Modern Singapore, Singapore. NUS.

[3] Rajaratnam, S., Chan Heng Chee, & Obaid ul Haq, 1987. The Prophetic & The Political: Selected speeches & Writings of S. Rajaratnam. Singapore: Graham Brash.

[4]  Crawfurd, John. 1830. Journal of an Embassy from the Govenor-General of India to the Courts of Siam and Cochin China. London: H. Colburn and R. Bentley.

[5] Hikayat Abdullah, Karangan Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi, dikaji dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad, Ketua Editor Hassan Ahmad, Yayasan Karyawan Kuala Lumpur, 2008, Hal. 145.

[6] Ibid. Hal. 147.

[7] Paul Wheatley (1961). The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. pp. 151–152

[8] Hack, Karl. "Records of Ancient Links between India and Singapore". National Institute of Education, Singapore. Maklumat ini diperolehi dari Dr John Miksic, Oktober 2000. https://web.archive.org/web/20060426231828/http://www.hsse.nie.edu.sg/staff/kahack/cc%202.3%20%28Little%20India%29.htm#_edn1 Dirujuk pada 8 Mei 2020.; E.H. Warmington, 1928. The Commerce between The Roman Empire and India, Cambridge University Press; Reissue edition (September 25, 2014).

[9] "Singapore: History, Singapore". Asian Studies @ University of Texas at Austin. https://web.archive.org/web/20070323095958/http://inic.utexas.edu/asnic/countries/Singapore/Singapore-History.html Dirujuk pada 8 Mei 2020.

[10] Orang laut ialah beberapa kaum etnik yang hidup secara nomad di dalam rumah perahu mereka di perairan dan kuala-kuala sungai di selatan Semenanjung Tanah melayu di sekitar Singapura dan pulau-pulau berhampiran yang berada di dalam lingkungan sempadan laut SIngapura (Sebahagiannya pulau-pulau besar dan kecil seperti Ubin, Tekong, Tekong Kechil, Bukum, Busing, Sudong, Pawai, Senang, Semakau, Hantu, Sebaruk, Sentosa, Brani, Buran Darat, Seringat, Tembakul, Sakijang Pelepah dan Pulau Jurong (yang merupakan pulau-pulau berikut yang telah ditambak; sebelumnya terdiri dari Pesek, Pesek Kecil, Air Chawan, Sakra, Air Merbau, Seraya dan Merlimau)  serta kepulauan Riau, Lingga, Bangka dan Belitung ke arah selatannya dan kepulauan Anambas, Badas, Tambelan dan Natuna ke arah timur laut (kesemuanya berada dalam kedaulatan negara Indonesia). Sejumlah pulau-pulau di persekitaran perairan Singapura di atas jelas menunjukkan identiti penduduk pribumi/asal suku melayu berdasarkan nama-nama pulau tersebut. Selain dari Orang Laut ada dua lagi tempat yang terdapat masyarakat orang laut iaitu Moken @ Mawken yang berada di semenanjung Mergui (Myanmar dan Thailand) dan Sama-Bajao yang mendiami perairan di selatan Filipina, Kepulauan Sulu, Utara Borneo, Sulawesi dan pulau-pulau di timur Indonesia. Antara bacaan lanjut sila rujuk David E. Sopher (1965). "The Sea Nomads: A Study Based on the Literature of the Maritime Boat People of Southeast Asia". Memoirs of the National Museum. 5: 389–403.

[11] Orang Selat atau Seletar/Selitar adalah tergolong sebagai satu dari 18 kaum orang asal yang di iktiraf di Malaysia. Mereka berulang alik di antara Singapura dan Johor dengan memudiki Selat Tebrau. Bilangan masyarakat Seletar berdasarkan bancian 2010 ialah sekitar 1,000 orang. Tiada lagi orang Seletar di Singapura terutama apabila kawasan hutan bakau di pesisir utara Singapura di tambak untuk pembangunan. Orang Seletar mempunyai Bahasa sendiri dengan 85% kesamaan dengan Bahasa melayu; namun Bahasa mereka hampir pupus kerana tidak lagi dipertuturkan oleh generasi muda. Orang Seletar juga sudah mendiami kawasan yang dibangunkan untuk mereka di daratan dan meninggalkan hidup nomad di laut. Mereka beragama animis dan ramai yang beragama Islam terutama selepas usaha dakwah yang dijalankan oleh Jabatan agama bermula pada tahun 1980’an. Beberapa rujukan tentang masyarakat orang Seletar adalah seperti berikut; irk Endicott (2015). Malaysia's Original People: Past, Present and Future of the Orang Asli. NUS Press., Mariam Ali (2002). "Singapore's Orang Seletar, Orang Kallang, and Orang Selat: Geoffrey Benjamin & Cynthia Chao [Eds.}, Singapore Institute of South East Asian Studies: The Last Settlements "Tribal Communities in the Malay World: Historical, Cultural and Social Perspectives. p. 97-118., Ariffin bin Nopiah (1979). Anthony R. Walker (ed.). A Brief Introduction to the Orang Seletar of the Johor Coast with Special Reference to Kampung Simpang Arang. Social Anthropology Section, School of Comparative Social Sciences, Universiti Sains Malaysia.

[12] Orang Laut tersebar dengan pembinaan penempatan baru melalui perkahwinan. Ini dirakam oleh seorang peneroka Portugis Pedro Teixeira seperti berikut;

These seletes (orang Selat) when they give a daughter in marriage, give her as a dowry one of those little boats, with two oars and a gaff; and the bride and bridegroom being placed therein, they commit them to the current of the tide, by which they let themselves be carried until they come to land; and there where they touch is the place of their habitation when they are on land; that is, if it be not occupied by others, which if it is, they continue to follow the waves until they pitch upon a free spot.

Sinclaire, W.F., & D. Ferguson [Eds.]. 1967, The Travels of Pedro Teixeira; with his “Kings of Harmuz” and extracts from his “Kings of Persia. Nendlen: Kraus Reprint.

[13] Op. cit. Crawfurd, John. 1830.

[15] Heng, Derek, 2004. Economic exchanges and Linkages between the Malay Region and the hinterland of China’s coastal ports during the 10th to 14th centuries. In John N. Miksic & Cheryl-Ann Lpw (Eds.), Early Singapore 1300s – 1819: Evidence in maps, text and artefacts. Singapore: Singapore History Museum.; Heng, Derek, 2009. Sino-Malay Trade and Diplomacy from the tenth through the fourteenth century. Ohio University Press. pp. 19 - 36

[16] Beberapa rujukan dari penulisan Arab klasik, antaranya. Al-Masalik Wal Mamalik, karya Ibn Khordazbeh, terjemahan Arshad Mokhtar, 2017, Geroda Merah Press, Kuantan. Hal. 80 – 85. Nama penuh beliau Abul Qasim Ubaidillah bin Abdillah bin Khordazbah. Seorang sejarawan dan ahli geografi pada kurun ke 3 H/9 M (lahir 205 atau 211 h; meninggal 300 h). Di antara tempat-tempat yang disebut dalam catatan beliau ialah Sanfa (Champa), Loqian (?), Khanfu (Guangzhou), Khanju (Hangzhou), Kantao (?) dan Qansyu (?).; Ar Risalatul Ula karya Abu Dhulaf al Muhalhil, terjemahan Arsyad Mokhtar, 2018. Geroda Merah Press, Kuala Lumpur. Hal. 80 – 86. Nama penuh beliau Abu Dulaf Mis’ar bin Al-Muhalhil Al-Khazraji Al-Yanbu’I, seorang pengembara dan ahli geografi yang menerbitkan dua risalah yang menjadi rujukan utama mengenai negara China dan al-Hind (India) pada kurun ke 4 H (10 M) tanpa tahun yang tepat. Beliau sampai ke ibu negara China zaman itu melalui jalan darat iaitu Sandabil.

[19] Heng, Derek, 2009., Op. cit., pp. 19 – 36.

[20] Antara kajian mengenai  pelabuhan-pelabuhan setempat yang menjadi destinasi penting perkapalan antarabangsa di Sumatera pasca kemunduran Sri Vijaya pada kurun ke 13 – 14 ialah; Ambary, H. Muarif, 2000. Peranan Beberapa Bandar Utama Di Sumatera Abad Ke- 7–16 M Dalam Jalur Perdagangan Internasional, dalam Proceedings Internasional Symposium For Japanese Ceramics of Archaeological Sites In South-East Asia: The Maritim Relationship On 17th Century. Jakarta: Pusat Arkeologi dan The Japan Foundation, hal. 12–23. Lucas Partanda Koestoro, Stanov Purnawibowo dan Repelita Wahyu Oetomo, 2016. Dinamika Aktivitas Kemaritiman Di Pulau Kampai, Kota Cina, Dan Kota Rantang, Sumatera Utara, Dlm. Jurnal Sangkhakala Berkala Arkeologi, Hal. 96 – 109. Manguin, P. Y., 1989. The Trading Ships Of Insular South-East Asia, dalam PIA V. Jakarta: IAAI, hal. 200–219., Milner, A. C., dkk., 1978. A Note On Aru And Kota Cina. Indonesia, October, 26., McKinnon, E. E. dan T. Luckman Sinar, 1981. A Note On Pulau Kompei In Aru Bay, Northeastern Sumatera, dalam INDONESIA Vol. 32. Southeast Asia Programme, Cornell University, hal. 49–73.; Kajian mengenai Boni (Santubung) di Borneo antaranya ialah, Wan Kong Ann, 2013. Examining the Connection  Between Ancient China and Borneo  Through Santubong Archaeological Sites, Victor H. Mair, Editor Sino-Platonic Papers Department of East Asian Languages and Civilizations University of Pennsylvania.

[21] Wang Dayuan (1311–1350) seorang pengembara dari Quanzhou, China pada zaman Mongol (Dinasti Yuan). Beliau melaksanakan dua pengembaraan; pertama dari 1328–1333, belayar melalui Laut Selatan ke banyak tempat di Asia Tenggara sehingga Asia Selatan, mendarat di Benggala, Sri Lanka dan India. Dari tahun 1334–1339 beliau melawat Afrika Utara dan Timur. Sekitar 1330, Wang melawat Singapore, di mana beliau menulis tentang sebuah penempatan kecil Dan Ma Xi (Temasek) dengan penduduk bangsa melayu dan Cina. Catatan perjalanannya,  Daoyi Zhilüe Guangzheng Xia (Daoyi Zhilüe – terj. Catatan rengkas mengenai orang-orang pulau yang tidak bertamaddun) bertarikh 1349, adalah satu dari beberapa rekod yang tercatat tentang sejarah awal Singapura. Antara bahan rujukan; Rockhill, W. W. (1914). Notes on the relations and trade of China with the eastern archipelago and the coast of the Indian Ocean during the fourteenth century. T'oung Pao, 15, Part I, 419–47.; Wheatley, P. (1961). The Golden Khersonese: Studies in the historical geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Pp 82.

[22] Paul Wheatley (1961). The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. pp. 82–84.

[23] Harrisson, Tom (1999). "Birds and Men in Borneo", Chapter 4 of "The Birds of Borneo" (Smythies and Davison, 4th edition). Natural History Publications (Borneo). pp. 45–74.

[24] G.W.H. Davison, Karen Phillips dan Alias Khamis. 1989. Pengenalan Burung-burung Malaysia, World Wide Fund for Nature, Malaysia. Yamaha Publications, Petaling Jaya. Hal. 52 – 53. Maklumat tentang ciri, taburan geografi serta habitatnya boleh dirujuk dalam Ben King, Martin Woodcock & E.C. Dickinson. 1975. A Field Guide to Birds of South-East Asia. Collins, London. Pp 221.

[25] Status IUCN red list https://www.iucnredlist.org/species/22682464/155467793 Dilawati 20 April 2020. Ancaman kepupusan spesies enggang Helmeted Hornbill ini dilaporkan dalam pautan berita BBC      https://www.bbc.com/news/magazine-34504217: The bird that's more valuable than ivory, 12th October 2015. dilawati 20 April 2020. Penyelidik Yokyok Hadiprakarsa menganggarkan sebanyak 6,000 ekor dibunuh setiap tahun untuk paruhnya.

[26] Crawfurd, John, Op. cit.

[27] John N. Miksic, (tiada Tarikh). Precolonial Temasek and Singapore: Its Role in Malay Maritime Culture, Working paper presented at Conference on Nusantara Maritime Culture and Heritage. Department of Southeast Asian Studies, National University of Singapore.

[28] Mao Yuanyi (1594–1640?), editor catatan Wubei Zhi; dan seorang ahli kartograf yang tidak diketahui – di kutip dari Paul Wheatley (1961) The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of the Malay Peninsula before A.D. 1500, Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Sumber asal dari Wubei Zhi (Treatise on Armament Technology), a 17th century work with maps based on material dated to the voyages of Zheng He (early 15th century)., Public Domain,

 .https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=41968524

 

[29] Batu Bersurat ini berkukuran 3m tinggi, lebar 2.7m dan ketebalan di antara 60 – 150cm. yang didirikan di muara Sungai Singapura dan mempunyai 50 baris ayat.

[30] Cubaan pertama untuk membaca inskripsi pada Batu Bersurat Singapura dilakukan oleh seorang epigrafer dan sarjana Belanda, Hans Kem. Miksic, J. N. (1984). Archaeological research on the ‘Forbidden Hill’ of Singapore: Excavations at Fort Canning. Singapore: National Museum, p. 13

[31] Bagaimanapun ini tidak bermakna inskripsi tersebut menandakan Singapura berada di bawah Majapahit Ketika ia dibina. Tulisan kawi (Jawa) mungkin merupakan bahasa perhubungan yang utama atau berpengaruh sebelum kedatangan Islam. Sarjana Belanda Hans Kem menganggarkan inskripsi Singapura bertarikh se awal 1230 M., Miksic, J. N. ibid..

[32] W. Linehan, The Kings of 14th Century Singapore. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society Vol. 42, No. 1 (215), Singapore 150th Anniversary Commemorative Issue (July, 1969), pp. 53-62

[33] Pelayaran Sang Nila Utama diiringi oleh orang-orang laut. Jumlah kapal yang Bersama rombongan Sang Nila Utama mencecah 400 buah. Ini menunjukkan orang-orang laut mempunyai peranan yang penting dalam proses berdirinya kerajaan Singapura tua. Orang-orang Selat/Seletar yang terpinggir dari arus pembangunan pada hari ini mempunyai kedudukan yang penting dalam meneruskan kelestarian kerajaan melayu yang berasal dari Bukit Siguntang, Palembang sehingga diwarisi oleh Kerajaan Melayu Melaka bermula pada awal kurun ke 15 M. Rujukan V. Thilagavathi Gunalan. Dari Bukit Siguntang Mahameru ke Bukit Larangan: Parameswara Dalam Teks Sejarah Melayu. Dlm. Parameswara: Pengasas Empayar Melaka, Di selenggarakan oleg Prof. Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusoff Hashim. Institiut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). GRAHA IKSEP. 2014. Hlm. 69 – 103. Berkaitan nama Temasek, di antara dokumen-dokumen awal yang merujuk kepada nama Temasek ialah; sumber dari Vietnam dalam ucapan mengenang kematian seorang putera Vietnam bertarikh 1330. Ruj. The Vietnamese Royal Chronicle Dai Viet Su Ky Toan Thu on Temasek. (Record of 1330, Vol. 2, p. 118).; Dao Yi Zhi Lue ("Keterangan mengenai orang-orang gasar di  (Temasek)") oleh Wang Dayuan dalam tahun 1349; dan Desawarnana atau Nagarakrtagama oleh Prapanca, Perdana Menteri Majapahit pada tahun 1365. Ruj. Pigeaud, T. G. (1960). Java in the fourteenth century: A study in cultural history (Translation series number 4, Volumes II, III). The Hague: M. Nijhoff, Koninklijk Instituut voor Taal, Land en Volkenkunde.; Temasek juga dirujuk oleh Zheng He dalam pelayarannya pada kurun ke 15 Masehi; dan Pararaton teks Jawa yang Menyusun naratif zaman Singhasari dan Majapahit; juga disebut dalam Ikran Palapa dalam senarai tempat yang akan dijarah oleh Patih Gajah Mada. Ruj. Krom, N. J. (1931). Hindoe-Javaansche geschiedenis (2nd rev. ed., p. 36). ‘s-Gravenhage: M. Nijhoff.

[34] Ada sarjana yang mempunyai pandangan lain tentang asal nama Singapura. Contohnya ada yang menganggap Parameswara cuba untuk mnghidupkan takhta kerajaan Singa yang berdiri di Palembang untuk mencabar pemerintahan pusat Majapahit. Dalam versi ini Parameswara telah membunuh wakil pemerintah Majapahit di Temasek dan cuba mengukuhkan kedaulatannya di pulau tersebut (Singapura). Lihat C.M. Turnbull (30 October 2009). A History of Modern Singapore, 1819-2005. NUS Press. pp. 21–22.  Nama Singapura juga merujuk kepada beberapa tempat lain; antaranya sebuah tempat di India dalam dogengan Jataka tentang kehidupan awal Buddha. Singapura yang bermaksud bandar Singa dalam Bahasa Sanskrit digunakan sebagai simbol Buddha dalam seni India sejak zaman Raja Asoka. Di Asia Tenggara, tempat pertama yang dinamakan Singapura ialah di Tra Kieu, Vietnam, pada kurun yang ke 4 Masehi. Nama ini kemudian digunakan untuk sebuah tempat di Thailand pada zaman Empayar Angkor (kurun ke 13 Masehi) dan dikenali sebagai Singburi dalam Bahasa Thai. Singapura juga tercatat dalam senarai jajahan takluk Majapahit pada prasasti yang ditemui di  Surodakan, Jawa, bertarikh 1369 Saka atau 1447 Masehi. Singapura yang dimaksudkan mungkin merujuk kepada sebuah kerajaan Jawa Barat, yang memainkan peranan penting dalam Cariosan Prabhu Siliwangi, watak lagenda yang hidup pada kurun ke 15 Masehi. Ruj. Machi Suhadi. (1985). Beberapa jenis pajak pada zaman Majapahit. Rapat evaluasi hasil penelitian arkeologi (II, pp. 215–228). Jakarta: Puslit Arkenas.

[35] Sejarah Dinasti Yuan sejak dari Genghis Khan (1162–1227) sehingga pemerintah terakhir, Toghon Temür ("Maharaja Huizong", 1333–1370),

[36] John N. Miksic (15 November 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300–1800. NUS Press. pp. 181–182.Catatan Vietnam menyebut delegasi tersebut dari Sach-ma-tich (Temasek).

[37] Badang adalah tokoh lagenda dalam tradisi lisan. Nama penuhnya Badang Sadim Sani. Dia dilantik sebagai hulubalang oleh Raja Pikrama Wira. Rujukan . J. L. Cox..The Asiatic Journal and Monthly Miscellany, June 1827, Volume 23. p. 258.; Kiran Shah (2012). Badang: The Strongman of Singapura. National Library Board Singapore.

[38] W. Linehan. Op. cit.

[39] Raja pertama yang mengasaskan Singapura tua. Berasal dari Palembang dan berhijrah ke Temasek melalui Bentan. Keramat Sultan Iskandar Syah di Bukit Larangan adalah milik baginda.

[40] Raja kedua, anak Sri Tribuana, Singapura diserang oleh Siam dan Jawa

[41] Raja ketiga, anak Sri Pikrama Wira, Jawa sekali lagi menyerang Singapura dan gagal

[42] Raja ke empat, anak kepada Paduka Sri Maharaja, tetapi tidak bertaraf Raja kerana memerintah bagi pihak Siam/Sukothai.

[43] Raja ke lima, membunuh Paduka Sri Maharaja, seorang putera Raja yang melarikan diri setelah membunuh wakil pemerintah Majapahit, berlindung di Singapura dan membunuh Paduka Seri Maharaja. Disingkirkan oleh Siam pada tahun 1391. Menurut Haji Buyung Adil, Permaisura yang dimaksudkan dalam Sejarah Melayu adalah putera kepada Dam Raja (Paduka Sri Maharaja). Jelas ada percanggahan tentang siapa Raja Iskandar Syah.

[44] Siapakah Raja Iskandar Syah yang dikatakan telah membunuh seorang perempuan/dayang istana? Dayang istana tersebut dibunuh kerana difitnah berbuat jahat. Tanpa usul periksa Sultan Iskandar Syah telah menjatuhkan hukuman sula di pasar secara terbuka. Menurut sejarah melayu baginda adalah Permaisura bergelar Iskandar Syah yang merupakan putera raja Singapura yang ke empat iaitu Dam Raja/Damar Raja yang bergelar Sri Paduka Maharaja. Bagaimanpun ini adalah bercanggah dengan sumber lain yang mengatakan Iskandar Syah bukan putera Paduka Sri Maharaja, sebaliknya seorang putera dari Palembang yang cuba memberontak kepada wakil Kerajaan Majapahit dan melarikan diri ke Singapura. Di Singapura Iskandar Syah telah membunuh Paduka Sri Maharaja yang merupakan wakil kepada kerajaan Siam (Sukothai: era pemerintahan 1238 – 1438).

[45] Catatan Portugis antara lain yang boleh dirujuk; W. Linehan. The Kings of 14th Century Singapore, dalam Singapore 150 Years, MBRAS. 1982; Cortesao, A. (Ed. And trans.). 1944. The Suma Oriental of Tome Pires. An Account of the East, from the Red Sea to Japan, written in Malacca and India in 1512 – 1515, London: Hakluyt Society.; Mills, J.V. Eradia’s Description of Malacca, Meridional India, Kuala Lumpur, MBRAS, 1997.; Hj Abdul Ghani Hamid, Parameswara Pemerintah Singapura, Dlm. Parameswara: Pengasas Empayar Melaka, Di selenggarakan oleg Prof. Emeritus Dato’ Dr Mohd Yusoff Hashim. Institiut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). GRAHA IKSEP. 2014. Hlm. 19 – 29.

[46] Joao de Barros (1496 – 1570) menulis beberapa siri sejarah India, Asia dan Afrikadalam beberapa jilid Décadas da Ásia ("Decades of Asia"). Penulisan beliau disambung oleh Diogo de Couta (1542 – 1616).

[47] Muhammad Yusuf Hashim. Sultan-sultan Melaka: Satu Tinjauan Semula, makalah dalam buku Melaka dan Sejarahnya. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka. Di dalam makalah ini, pandangan Prof. Wang Gungwu di petik di mana Megat Iskandar Syah (1414 – 1423/4)  dikenal pasti sebagai Sultan Melaka yang kedua selepas Parameswara (Sultan Iskandar Syah; 1390 – 1413/4). Hj Abdul Hamid, Op. cit., Hal. 28 – 29.

[48] Catatan ini terkandung di dalam Rihlah ila l-Masyriq (Pengembaraan ke Timur) karya Abu Abdullah ibn Batuthah (1304–1368)

[49] Rofi, Sofyan (2016-02-17). Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia. DeePublish, Jogjakarta. Menurut Zuhairini et. al. (2000) Sultan Mahmud Malikul Zahir  adalah pemerintah merangkap tokoh agama dan Pendidikan informal dalam bentuk majlis ta’lim dan halakah dibiaya dari kewangan Kerajaan. Zahairini, et.al. (2000). Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : PT. Bumi Aksara.  Hal. 135-6

[50] Kaitan di antara Tun Jana Khatib dan madrasah yang dibangunkan di Pasai diulas oleh al Marhum Buya HAMKA di dalam bukunya Dari Perbendaharaan Lama di bawah tajuk VII. Tun Jana Khatib (Pasai Madrasah Islam Pertama, Penerbit Pustaka Antara, Petaling Jaya, 1981. Hal. 191 – 198.

[51] Hamka, Ibid.. Hal. 191.

[52] Penemuan gelang emas di Bukit Larangan yang terukir imej Kala, dewa Siva sebagai lambang pemusnah dan Yama, Tuhan kematian dianggap sebagai lambang agama yang dianuti oleh masyarakat di Singapura pada kurun ke 14. Menurut John Crawfurd, tapak bangunan yang terdapat di Bukit Larangan adalah mirip candi di Nusantara. Contoh-contoh candi seperti yang digambarkan itu adalah seperti yang terdapat di Lembah Bujang dan Sungai Mas, Kedah atau Padang Lawas, Sumatera. Sri Tribuana itu sendiri bermaksud Tuhan Tiga Dunia yang melambangkan agama Buddha dan manifestasi Bodhisattva. Agama Buddha anutan Sri Tribuana adalah Esoteric/Tantric Vijrayana.  Kwa Chong Guan, Derek Heng, Peter Borshberg and Tan Tai Yong. 2019. Op. cit., pp. 18, 61 – 63. Walaubagaimanapun, artifek ini samasekali tidak dapat menafikan rujukan yang menunjukkan raja-raja Singapura tua beragama Islam.

[54] Maklumat ini dipadankan dengan Tarsilah Brunei, Ibid. Y.B. Pehin Dato’ Seri Utama Dr Hj. Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

[55] Salasilah Raja-Raja Brunei, versi Pehin Datu Iam Aminuddin bin Orang Kaya DiGadang Lewadin, Salinan Hj Abd Ghapar bin Abd. Momin, Sarawak (Simpanan Pusat Sejarah Brunei).

[56]. Carrie C. Brown’s commentary in “An Early Account of Brunei by Sung Lien”, in Brunei Museum Journal 2.4 (1972): 229, note 21. 3.; Johannes L. Kurz, "Boni in Chinese Sources from the Tenth to the Eighteenth Century", International Journal of Asia Pacific Studies 10.1 (2014).

[57]

 

Comments

Popular posts from this blog

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri IV. Singapura pasca penyerahan kpd British dan Peralihan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga(h) ke Tanjung Puteri

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri II. Kemangkatan Sultan Mahmud III: Krisis waris Kesultanan 2.0 dam Kemunculan Raffles

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: siri I: Sultan Mahmud mangkat dijulang 1699 dan krisis waris kesultanan Johor