Posts

Showing posts from December, 2020

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri II. Kemangkatan Sultan Mahmud III: Krisis waris Kesultanan 2.0 dam Kemunculan Raffles

Image
  Krisis Kesultanan Johor dengan kemangkatan Sultan Mahmud III. Sultan Mahmud Ri’ayat Shah III adalah Sultan Johor yang ke 15 (memerintah 1770 – 1811). Kemangkatan Sn Mahmud III Johor pada tahun 1811 mencetuskan krisis dalam besar dalam pewarisan takhta kerajaan Johor. Tempat baginda sepatutnya diganti oleh Tengku Long (putera sulung Sultan Mahmud); yang pada saat itu berada di Pahang kerana menghadiri perkahwinannya. Disebabkan protokol perlantikan pengganti Sultan mesti hadir pada pengkebumian jenazah Sultan, maka Yamtuan Muda Jaafar (yang memegang kuasa perdagangan dan ketenteraan di kepulauan Riau dan perairan selatan Johor) telah melantik Tengku Abdul Rahman, putera sultan Mahmud III yang kedua (berlain ibu – keturunan Bugis) sebagai Sultan. [1] Tengku Long Kembali ke Johor dan cuba menuntut takhta yang menjadi haknya tetapi dihalang oleh Yamtuan Muda Jaafar yang mendapat dokongan kuat dari Belanda atas perlantikan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman sendiri berhasrat un

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: siri I: Sultan Mahmud mangkat dijulang 1699 dan krisis waris kesultanan Johor

Image
  Bagaimana Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau? Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau yang sangat luas meliputi Johor, Pahang, Inderagiri dan Kepulauan Riau-Lingga.  Kerajaan Johor mengalami kemajuan yang pesat selepas 1641 apabila ancaman dari Portugis berakhir dengan penaklukan Melaka (14 Januari 1641) oleh gabungan Kerajaan Johor dan Belanda di samping menurunnya kekuasaan Aceh pasca kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1641 (15 Februari 1641). Sempadan kerajaan Johor semakin jelas di zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil III (1623 – 1677), di mana meliputi lembah Sungai Kampar, Sungai Siak, Unggaran dan Bengkalis (Sumatera Timur), Sungai Penagi (Kuala Linggi), Sungai Klang, Muar dan Sungai Batu Pahat, Pulau-pulau Karimun, Bintang, Bulang, Lingga dan Singapura. [1] Ia bermula dengan kemelut waris Kesultanan Johor ekoran dari kemangkatan Sultan Mahmud II (memerintah 1685 - 1699) yang dirujuk sebagai Sultan Mahmud mangkat di julang. Baginda a dib

Singapura (Temasek) sehingga kurun ke 15M (Sebelum kemunculan Melaka) dan dokumentasi proses Dakwah terawal

Image
  Singapura sehingga kurun ke 15 M. Singapura adalah sebahagian dari dunia melayu dan pusat perkembangan Islam yang penting dalam konteks Nusantara. Hakikat ini mungkin tenggelam disebabkan oleh perkembangan yang berlaku semenjak 200 tahun yang lalu iaitu pada permulaan kurun ke 19M apabila Singapura menjadi pengkalan British di bawah Stanford Raffles pada tahun 1819. Naratif sejarah Singpura hanya memberikan tumpuan kepada perkembangan yang berlaku bermula sebagai sebuah koloni British sehinggalah ia menjadi pelabuhan utama dunia dan sebuah bandaraya kosmopolitan. Namun ketika Singapura mula bangkit sebagai pelabuhan penting yang menggantikan Melaka, sumbangan dan peranan umat Islam juga amat penting dan perlu didokumenkan sebagai satu faktor utama yang tidak boleh dipandang sepi. Naratif ini diperakui oleh buku yang berjudul Seven Hundred Years: A history of Singapore dengan tegasnya menyanggah bahawa sejarah Singapura tidak bermula 200 tahun yang lalu dan menolak naratif yang te