Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri II. Kemangkatan Sultan Mahmud III: Krisis waris Kesultanan 2.0 dam Kemunculan Raffles
Krisis Kesultanan Johor dengan kemangkatan Sultan Mahmud III. Sultan Mahmud Ri’ayat Shah III adalah Sultan Johor yang ke 15 (memerintah 1770 – 1811). Kemangkatan Sn Mahmud III Johor pada tahun 1811 mencetuskan krisis dalam besar dalam pewarisan takhta kerajaan Johor. Tempat baginda sepatutnya diganti oleh Tengku Long (putera sulung Sultan Mahmud); yang pada saat itu berada di Pahang kerana menghadiri perkahwinannya. Disebabkan protokol perlantikan pengganti Sultan mesti hadir pada pengkebumian jenazah Sultan, maka Yamtuan Muda Jaafar (yang memegang kuasa perdagangan dan ketenteraan di kepulauan Riau dan perairan selatan Johor) telah melantik Tengku Abdul Rahman, putera sultan Mahmud III yang kedua (berlain ibu – keturunan Bugis) sebagai Sultan. [1] Tengku Long Kembali ke Johor dan cuba menuntut takhta yang menjadi haknya tetapi dihalang oleh Yamtuan Muda Jaafar yang mendapat dokongan kuat dari Belanda atas perlantikan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman sendiri berhasra...