Posts

  Dikongsikan cdgn teks khutbah untuk Solat Jumaat pada 13 Mei ini. 15 Mei 2022 ialah ulangtahun tragedi Nakbah yg ke 73 Teks Khutbah Sempena Memperingati Peristiwa Nakbah yang ke 73     (15 Mei 2022)   اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Khatib mengajak semua pada hari Jumaat yang mulia dan bulan Shawal yang barokah ini untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah S.W.T, dengan muhasabah diri dan menghisab diri sendiri apakah kita telah memenuhi tuntutan untuk bertaqwa kepada Allah. Sidang Jumaat yang dirahma

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri IV. Singapura pasca penyerahan kpd British dan Peralihan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga(h) ke Tanjung Puteri

Image
  Singapura pasca penyerahan kepada British. Kira-kira sebulan selepas Singapura ditadbir British sepenuhnya datanglah hamba-hamba sahaya dari istana mengadu hal seperti yang dilaporkan dalam Hikayat Abdullah Syahadan maka adalah kira-kira sebulan lamanya kemudian dari itu, maka pada satu pagi, ada pukul setengah enam, maka datanglah ada dua puluh tujuh orang budak-budak perempuan, muda-muda lagi baik-baik rupanya. Maka sekelian itu budak-budak Sultan datang ke polis mengadukan hal masing-masing. Maka seorang membukakan belakangnya, ada bersilang bekas rotan, yang ada bekas digantung, dan yang ada bekas dibakar dengan damar, dan yang ada berkata, “Sehari-hari sahaya sekelian diseksakan, tiada dengan cukup makanan dan pakai, dan yang ada dibakar dengan damar di tempat anu.” Dan yang ada pula berkata, “Ada tiga empat orang kawan sahaya sudah disuruh bunuh oleh | Encik Perempuan sahaya oleh sebab cemburunya, takut tuanku membuat gundik.”   Hamba sahaya itu semua diberikan kebebasan dan te

Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau Siri III: Singapura tergadai ke tangan British dan Pecah Empayar Johor susulan Anglo-Dutch Treaty 1824

Image
Sejak dari itu Singapura mula didatangi oleh para pedagang dan mereka yang ingin menjejakkan kaki ke negeri baru Singapura. Sultan Hussein Syah juga mula menjemput kaum kerabatnya yang datang dengan berates-ratus perahu dan mereka membuat rumah berdekatan dengan kediaman Sultan atau Temenggung. Keadaannya menyebabkan Sultan dan Temenggung tidak mampu untuk menanggung semua perbelanjaan kaum kerabatnya kerana mereka semua ditanggung oleh Sultan. Mengadulah pula Sultan kepada Farquhar yang menyuruh Sultan mengambil cukai dari perniagaan candu yang sangat laris di Singapura. Dengan itu bertambahlah pendapatan Sultan kepada $1600 iaitu tambahan sebanyak $800. Apabila Raffles Kembali dari Benggala, diadukan pula pendapatan yang diterima tetap tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seluruh kerabatnya di Singapura. Raffles menawarkan agar Sultan berniaga dengan seorang tokoh perniagaan di Benggala bernama Tuan Palmer. Namun ia ditolak oleh Sultan kerana katanya adalah aib Sultan berniag