Asal mula Singapura terpisah dari Kerajaan Johor-Riau: Siri IV. Singapura pasca penyerahan kpd British dan Peralihan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga(h) ke Tanjung Puteri
Singapura pasca penyerahan kepada British. Kira-kira sebulan selepas Singapura ditadbir British sepenuhnya datanglah hamba-hamba sahaya dari istana mengadu hal seperti yang dilaporkan dalam Hikayat Abdullah Syahadan maka adalah kira-kira sebulan lamanya kemudian dari itu, maka pada satu pagi, ada pukul setengah enam, maka datanglah ada dua puluh tujuh orang budak-budak perempuan, muda-muda lagi baik-baik rupanya. Maka sekelian itu budak-budak Sultan datang ke polis mengadukan hal masing-masing. Maka seorang membukakan belakangnya, ada bersilang bekas rotan, yang ada bekas digantung, dan yang ada bekas dibakar dengan damar, dan yang ada berkata, “Sehari-hari sahaya sekelian diseksakan, tiada dengan cukup makanan dan pakai, dan yang ada dibakar dengan damar di tempat anu.” Dan yang ada pula berkata, “Ada tiga empat orang kawan sahaya sudah disuruh bunuh oleh | Encik Perempuan sahaya oleh sebab cemburunya, takut tuanku membuat gundik.” Hamba sahaya itu semua diberikan kebebas...